CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 28, 2010

~Rahsia Solat~

Assalamualaikum...
Bismillahhirrahmanirrahim...

Sebagai peringatan dan penambah pengetahuan utk kita semua..

Rahsia SOLAT yang tidak ketahui oleh ramai orang Islam..


Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu'. Jangan terus dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu khusyukkanlah diri kepada Allah SWT dengan zikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma kamma hassanta khalqii fahassin khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk miliki bibir cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyakkan sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Inilah dia rahsia As-Solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1. Niat Sembahyang

Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul

Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram

Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah

Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Rukuk

Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal

Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7. Sujud

Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud

Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)

Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10. Tahhiyat Akhir

Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11. Selawat Nabi

Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam

Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib

Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S.A.W.bersabda:

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wallahhu'alam...


Sabda Rasulullah s.a.w, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain...

RIZAL & LEEYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers