CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

~Migrain~

Kesibukan hidup sekarang ini menyebabkan banyak orang selalu mendapat migrain. Umum mengetahui bahawa migrain ialah sakit kepala yang berdenyut kuat di sebelah kepala sahaja, sama ada sebelah kiri atau kanan, tempohnya dari berjam-jam hingga berhari-hari, bergantung kepada tahap teruknya migrain tersebut. Serangan migrain ini biasanya akan mengganggu aktiviti harian disebabkan sakit kepala yang amat sangat sehingga ada yang sampai muntah-muntah dan tidak boleh bangun.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh mencetuskan atau menambahkan migrain, contohnya stres (tekanan), keletihan, kesugulan, hormon yang tidak seimbang terutamanya bagi wanita yang sedang haid, lampu flash yang terlalu terang, kurang tidur atau makanan seperti makanan yang lama tersimpan, makanan yang ditapai, atau mengandungi kafein yang tinggi. Keadaan sekitaran yang bising dan bunyi ketukan yang kuat berulang-ulang kali pun boleh menyebabkan migrain atau menambahkan kuatnya migrain.
Dipercayai migrain berkaitan dengan sistem saraf yang melibatkan bahan kimia di otak, saluran darah dan saraf di otak. Secara umumnya migrain adalah juga penyakit warisan kerana ia berkait rapat dengan sistem saraf. Namun begitu, ada juga yang mendapat migrain walaupun keturunan atau ahli keluarganya yang lain tiada migrain. Biasanya doktor akan memberi ubat khusus untuk merawat migrain yang teruk. Namun, sesetengah orang lebih sukakan rawatan secara semulajadi, seperti akupuntur, teknik urutan terapi, dsb.
Artikel ni aku copy.. Utk info lg, korang bole klik SINI

p/s : Credit 2 SITIK'S BLOG

Friday, March 18, 2011

~Teater : Cintaku Milik Siapa?~

Ok, lanjutan drpd entry sblm ni..
Sini nk promosi lg skali..
Slh satu program spnjng karnival ni..
Pementasan teater yg bertajuk CINTAKU MILIK SIAPA?

Ok, lg skali korg kne klik ILUVISLAM
utk mklumat lbh lnjut psl teater ni..
Oleh krana aku AJK pameran,
sbb 2 sakan je aku duk promote.. (opss..ade kaitan ke?)
ngeh ngeh..

Jemput dtg sume2 ye..
Nanti jmpe kt sane... ngeee.. 
Sebarkanla kt sape2 je eyh.. ^___^


~Karnival Kesenian Islam UO-UKM~

Assalamualaikum sume..
Ok, entry ni just nk promote ckt..
Bout Karnival Kesenian Islam UO-UKM..
Peringkat kebangsaan..
Selaku AJK (ajk la sgt, x wat keje),
n selaku penghuni kolej Ungku Omar (UO) ni,
Aku nk war-war kan n jemput korg sume ke karnival ni..

Utk info lbh lanjut
Korg bole klik kt ILUVISLAM ni..
Jemput sume abg2, kakak2, adik2, makcik2, pakcik2..
Meh dtg ramai2.. x rugi dtg majlis ilmu nih.. ^___^


Thursday, March 17, 2011

~Bersangka Baik Pada ALLAH~

Bila ALLAH cepat makbulkan doamu,
Maka DIA menyayangimu.
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu.
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yg lebih baik utkmu.

Oleh itu, sentiasalah bersgka baik pd ALLAH,
Dalam apa jua keadaan sekalipun.
Kerana kasih sayang ALLAH itu, 
mendahului kemurkaanNya.

p/s : Sampaikanla pesanan ini kpd insan sekeliling kalian.
Ambillah sedikit masa & kalian pasti mmberi keceriaan kpd seseorg,
Atau mgkin mngubah hidup mereka kpd yg lebih baik. ^____^


Friday, March 11, 2011

~Info Migraine~

Info ni aku share dr SINI ..

Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

Classic Migraine

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagaiaura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.

Common Migraine 

Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.

Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

1) Pemakanan

Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese,nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atauphenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormone

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Cara mengurangkan kesakitan migraine : 

Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine. 

Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.



p/s : sbb 2 la klu org masuk bilik aku, gelap smcm je wlupn tgh hari.. ngeh ngeh ngeh...

Tuesday, February 22, 2011

~Keputusan PRK~

Aku xnk cite n komen pnjg lebar psl keputusan pilihan raya kampus..
Sbb xde bnde nk komen.. ngeh ngeh..
Psal undi aku smlam, aku pangkah *****
ishh.. mane bole gtaw.. undi adalah rahsia kan.. hekhek..

Klu korang nk tahu, cube bace kt SINI ..
x pun kt SINI .. 

Thursday, February 17, 2011

~Aku Terima Nikahnya 2

Tidakkah pelik jika ada pasangan hangat bercinta,
tetapi tidak terfikir untuk bersama selama2nya??




Aku Terima Nikahnya 2 : Bercinta Sampai Ke Syurga..

2 la tajuk buku yg aku beli kt MPH tmpoh ari...
Hasil karya Hasrizal Abdul Jamil...
yg berharga RM25 je.. murah & berbaloi kn??
so far dh hmpir sparuh aku bace..
sgt best.. n lbh mnarik brbanding Aku Terima Nikahnya 1..

agak tertarik dgn bberapa ayat dlm buku ni..
"Hamba sentiasa sedar dirinya dimiliki & tdk memiliki,
Hamba sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji,
Hamba sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya utk DIA"

isi2 dlm buku ni bnyk bg pengajaran kt aku..
sbb buku ni sarat dgn nasihat & pengajaran..
especially kite sbg remaja & org muda *muda keee??*
bak kata, buku ni ssuai utk sape2 je..
so, aku sgt mnyarankn korg sume bace buku ni.. :D

ni pn aku x sabar nk abiskn buku ni,
then nk beli Aku Terima Nikhanya 3:Murabbi Cinta..
then klu ade rzeki nk beli trilogi Aku Terima Nikahnya..weeee..
sape2 yg nk pnjam buku ni ngan aku, silakn.. hehehe..

actually, dlu aku x thu pn psl wujudnya buku ni..
tp, buku ni di introduce kn oleh someone 
yg pnah mnjdi insan yg pling special dlm hati n hdup aku 1 mase dlu...
haishhh.. dh terlari topik plak.. adehh..

ermmm... aku stop dlu psl buku ATN 2..
nnti bile dh abis bce, aku wat ckt conclusion.. hehehe..
akhir kata....(petikan dr ATN 2)

"Kita sentiasa layak diuji,
Kerana kita adalah hamba,
Justeru hancurkanlah rasa memiliki"

RIZAL & LEEYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers