CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 23, 2011

~Migrain~

Kesibukan hidup sekarang ini menyebabkan banyak orang selalu mendapat migrain. Umum mengetahui bahawa migrain ialah sakit kepala yang berdenyut kuat di sebelah kepala sahaja, sama ada sebelah kiri atau kanan, tempohnya dari berjam-jam hingga berhari-hari, bergantung kepada tahap teruknya migrain tersebut. Serangan migrain ini biasanya akan mengganggu aktiviti harian disebabkan sakit kepala yang amat sangat sehingga ada yang sampai muntah-muntah dan tidak boleh bangun.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh mencetuskan atau menambahkan migrain, contohnya stres (tekanan), keletihan, kesugulan, hormon yang tidak seimbang terutamanya bagi wanita yang sedang haid, lampu flash yang terlalu terang, kurang tidur atau makanan seperti makanan yang lama tersimpan, makanan yang ditapai, atau mengandungi kafein yang tinggi. Keadaan sekitaran yang bising dan bunyi ketukan yang kuat berulang-ulang kali pun boleh menyebabkan migrain atau menambahkan kuatnya migrain.
Dipercayai migrain berkaitan dengan sistem saraf yang melibatkan bahan kimia di otak, saluran darah dan saraf di otak. Secara umumnya migrain adalah juga penyakit warisan kerana ia berkait rapat dengan sistem saraf. Namun begitu, ada juga yang mendapat migrain walaupun keturunan atau ahli keluarganya yang lain tiada migrain. Biasanya doktor akan memberi ubat khusus untuk merawat migrain yang teruk. Namun, sesetengah orang lebih sukakan rawatan secara semulajadi, seperti akupuntur, teknik urutan terapi, dsb.
Artikel ni aku copy.. Utk info lg, korang bole klik SINI

p/s : Credit 2 SITIK'S BLOG

2 0 macam macam bunyi:

Mars ™

agk susa kn ble ade migrain nie.. nk wt aktiviti pape pon cm terhalang je.. huhu...

Leeya

maryam--2 la pasal.. klu dh dtg mgrainnye, kne tdo je.. huhuhu..

RIZAL & LEEYA

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers